Friday, March 12, 2010

::Kanser, Chemothrrapy & Rawatan Alternatif::

KANSER – Siapa yang akan menghidapinya?

Seorang dari setiap 3 orang mempunyai potensi menghidapi kanser dalam sepanjang kehidupan manusia, dan jarang sekali bagi kanak-kanak mengalaminya.

Kanser boleh berlaku tidak kira usia, tetapi kanser mula merebak dan merbahaya selaras dengan peningkatan umur. Lebih 70% kes-kes kanser dikesan berlaku pada individu yang berumur 60 tahun ke atas.

KENAPA KANSER BERULANG SEMULA ?

Tumor yang menular terdiri daripada sel-sel kanser yang berkeupayaan untuk merebak ke luar dari kawasan asalnya. Jika tidak dirawat, ia akan bertindak menceroboh dan memusnahkan tisu-tisu disekelilingnya.

Kadangkala sel-sel kanser memboloskan diri dari tempat asalnya dan merebak ke bahagian organ badan yang lain menerusi saluran darah. Bila sel-sel ini tiba di kawasan baru, ia akan berpecah dan membentuk tumor yang baru, yang biasanya dirujuk sebagai “secondary” atau "metastasis".

Anal
Bile duct
Bladder
Bone
Bone, secondary
Bowel (colon & rectum)
Brain
Brain, secondary
Breast
Breast, secondary
Carcinoid
Cervix
Children's cancers
Endocrine
Eye
Gall bladder
Gullet (oesophagus)
Head & neck
Kaposi's sarcoma
Kidney
Larynx
Leukaemia
Leukaemia, acute lymphoblastic
Leukaemia, acute myeloid
Leukaemia, chronic lymphocytic
Leukaemia, chronic myeloid
Liver
Liver, secondary
Lung
Lung, secondary
Lymph nodes, secondary
Lymphoma, Hodgkin's
Lymphoma, non-Hodgkin's
Melanoma
Mesothelioma
Myeloma
Soft tissue sarcomas
Neuroendocrine
Ovary
Pancreas
Penis
Prostate
Skin
Spinal cord
Stomach
Testes
Thyroid
Vagina
Vulva
Womb (uterus)

BLADDER CANCER

Di UK, kaum lelaki yang menghidap bladder cancer didapati dua kali ganda lebih ramai berbanding kaum wanita. Setiap tahun, sebanyak 10,600 kes baru ditemui.

Kebiasaannya bladder kanser dialami oleh individu yang berumur 50 tahun ke atas. Kanser ini merebak atau membesar dengan perlahan dan merosakkan pundi. Semasa tumbesarannya, ia boleh merebak ke bahagian organ lain di sekitar kawasan pundi.

KANSER TULANG

Jarang sekali kanser bermula dari bahagian tulang. Sebanyak 500 kes-kes baru dikesan setiap tahun di UK. Kanser ini tidak seperti kanser lain yang terbentuk di bahagian lain badan dan kemudiannya baru merebak ke tulang.

Kanser Tulang terbentuk dari sel-sel dalam tulang. Jika tidak dirawat, sel-sel kanser dari tulang ini boleh merebak ke bahagian badan yang lain seperti paru-paru, ke bahagian tulang yang lain atau lain-lain organ dalaman

KANSER PAYUDARA
Kanser Payudara adalah kanser yang paling banyak dihidapi oleh kaum wanita. Di UK, dalam setiap 3 kes kanser yang dialami oleh wanita, satu darinya adalah kanser payudara, dan risiko sepanjang hayat bagi wanita dengan kanser payudara adalah satu dalam sembilan.

Kanser ini terbentuk di kelenjar yang menghasilkan susu dalam payudara, atau boleh juga dikatakan terbentuk di laluan susu ke puting payudara. Sebahagian sel kanser ini boleh merebak ke tisu-tisu di sekelilingnya, malah juga ke bahagian badan yang lain.

TUMOR OTAK
Tumor otak jarang berlaku, dan kebiasaannya ia tidak merebak ke bahagian organ badan yang lain. Di UK, seramai 300 kanak-kanak menghidapi tumor otak setiap tahun, 2,500 kes di kalangan lelaki dewasa dan 1,900 kes di kalangan kaum wanita.

Otak adalah suatu organ lembut yang di dalamnya terdapat sel-sel saraf dan tisu-tisu. Ia mengawal setiap sistem fisiologikal dalam badan dan bertanggungjawab bagi setiap tindak-tanduk kita samada dari segi pemikiran, bahasa dan juga emosi.
Setiap ketumbuhan yang abnormal dalam otak akan mengakibatkan tekanan pada strukturnya yang sensitif dan boleh menyebabkan ia tidak berfungsi dengan betul.

KANSER HIDUNG (Nasopharyngeal Cancer)



Nasopharynx adalah bahagian belakang hidung yang bertemu dengan bahagian atas saluran kerongkong. Kebiasaannya tumor terbentuk pada bahagian belakang hidung yang melengkung ini (post nasal space). Oleh kerana tumor ini terbentuk hampir pada struktur-struktur krtikal bagi otak, spinal kod dan kerongkong, maka kanser ini berpotensi untuk mengakibatkan pelbagai simptom penyakit pada peringkat awalnya.

Kanser hidung paling banyak dihidapi oleh individu berbangsa Cina, khususnya di Hong Kong dan bahagian Selatan Negara China. Di Malaysia pula bagi setiap 100,000 orang, sebanyak 25 kes ditemui.

Menurut laporan National Cancer Registry, nasopharyngeal cancer di kalangan wanita berbangsa Cina adalah yang paling tinggi di dunia, manakala bagi kaum lelaki pula, ia merupakan kanser kedua paling kerap dihidapi selepas kanser paru-paru.Kes-kes kanser ini meningkat selaras dengan peningkatan umur, khususnya diantara usia 50 dan 60 tahun.
Dalam suatu kajian epidemiologi yang telah dijalankan di Hong Kong suatu masa dahulu menemukan bahawa terdapatnya kaitan diantara kanser hidung dengan tabiat memakan ikan masin sejak dari kecil lagi. Walaubagaimanapun dalam kajian terkini, didapati bahawa kanser ini dicetuskan oleh sejenis virus yang dikenali sebagai Epstein-Barr. Kebanyakan dari kita mempunyai virus ini yang menetap dalam hidung, dan sebahagian dari kita akan mengalami kanser hidung bilamana berlakunya interaksi kompleks diantara virus ini dengan gen-gen kita. Faktor-faktor persekitaran juga memainkan peranan seperti terdedah kepada pencemaran toksik, asap tembakau, amalan pemakanan yang melibatkan “preserved food” dan produk-produk ikan yang diperam.

Simptom Kanser Hidung

Simptom-simptom awal:
· Hidung berdarah
· Masalah pendengaran, seperti bunyi berdesing dan sebagainya.
· Hidung tersumbat

Bila kanser ini berlarutan, anda berkemungkinan mengalami:
· Hilang pendengaran
· Rasa kebas pada wajah
· Batuk berdarah
· Masalah menelan makanan
· Kepayahan bernafas akibat hidung tersumbat
· Pandangan menjadi kabur.

LEUKEMIA

Leukemia adalah sejenis kanser dari sel-sel darah putih. “Bone Marrow” menghasilkan sel-sel darah putih yang abnormal dan tidak berfungsi dengan betul. Hasilnya ia menjadi banyak dan tidak terkawal, melebihi sel-sel darah putih yang normal, sel darah merah (erythrocytes), dan juga platlet-platlet.

Terdapat 4 jenis Leukemia secara umumnya, bergantung kepada jenis sel darah putih yang tercemar dan juga kelajuan progresnya.

4 Jenis Leukemia :

Acute lymphoblastic leukemia (ALL) – yang paling kerap dikalangan kanak-kanak, tapi kadangkala ia juga boleh dihidapi oleh orang dewasa
Acute myelogenous leukemia (AML) – yang paling kerap dikalangan orang dewasa mahupun kanak-kanak.
Chronic lymphocytic leukemia (CLL) – selalunya berlaku di kalangan individu berusia lebih dari 55 tahun dan jarang sekali berlaku di kalangan kanak-kanak.
Chronic myelogenous leukemia (CML) – jenis ini biasanya dialami oleh orang dewasa.

Sebab-sebab Leukemia
Sebab yang pasti bagi Leukemia masih tidak diketahui dengan jelas. Ramai pesakit Leukemia didapati tidak terdedah kepada faktor-faktor risiko seperti merokok, pencemaran radiasi yang tinggi/ bahan kimia atau formaldehyde dan rawatan chemotherapy bagi kanser jenis lain.

Leukemia bukanlah penyakit warisan, tapi berkemungkinan berkait melalui hubungan genetik. Bergantung kepada jenis Leukemia, seseorang yang mempunyai pertalian rapat dengan individu yang menghidapi Leukemia, berkemungkinan berisiko terdedah kepada penyakit ini 4 kali ganda berbanding dengan seseorang yang mempunyai pertalian rapat dengan individu yang tidak menghidapi Leukemia.

Penyakit “Down syndrome” dan beberapa jenis “blood disorders” juga boleh menyumbang kepada risiko menghidapi penyakit ini.

JENIS-JENIS RAWATAN KANSER

Active surveillance (or watchful waiting) – Sebahagian jenis Kanser membesar/merebak dengan amat perlahan dan berkemungkinan tidak mendatangkan masalah untuk bertahun-tahun lamanya.
Surgeri – Pembedahan dilakukan untuk membuang tumor.
Radiotherapy – Menggunakan X-ray berkuasa tinggi untuk memusnahkan sel-sel kanser
Chemotherapy – Menggunakan dadah anti kanser (cytotoxic) untuk memusnahkan sel-sel kanser
5) Hormonal Therapy – Mengubah atau memperbetulkan tahap kedudukan hormon-hormon tertentu dalam badan.
6) Lain-lain rawatan – “biological therapies” dan termasuklah interferon dan interleukin.

Immunotherapy Alternatif bagi rawatan Kanser

Immunotherapy adalah merupakan rawatan Kanser yang lebih kepada “natural way” berbanding radiation dan chemotherapy.
Dengan menggunakan keupayaan sistem immun yang sememangnya menakjubkan, rawatan ini memberi alternatif yang lebih baik dalam menangani kanser.
Dengan pengenalan TRANSFER FACTOR oleh 4LifeTM Research, kini kita berpeluang mengorak langkah positif ke arah rawatan kanser. Pencapaian tinggi dalam pembangunan bidang immunologi ini telah membuahkan hasil yang menakjubkan dimana dengan TRANSFER FACTOR, keaktifan aktiviti NK sel dibuktikan meningkat secara mendadak melalui kajian yang dijalankan (“lab studies” & “human studies”).
TRANSFER FACTOR juga dibuktikan berupaya meningkatkan efisiensi sistem immun kita secara keseluruhan dan sekaligus memperbaiki kualiti kesihatan kita.

KANSER & SISTEM IMMUN

Bila berhadapan dengan situasi yang serius seperti kanser, sistem immun kita memainkan peranan yang amat penting. Bermakna seharusnya apa yang kita mahukan ialah sistem immun yang mantap dan berfungsi pada tahap efisiensi yang optimum. Sistem Immun kita mampu berada pada tahap ini sekiranya mendapat bantuan yang betul – TRANSFER FACTOR
Semua sel kanser mempunyai satu persamaan – iaitu bertindak mengancam sel-sel dalam badan (strukrur asas kesihatan badan). Dan kita bernasib baik kerana sistem immun kita tidak mengenali perbezaan jenis sel-sel kanser mahupun dari mana ia bermula, ia hanya memfokus untuk menumpaskan sel-sel asing yang mengancam kesihatan.
Sel-sel dihasilkan terus-menerus dan ianya merupakan sebahagian dari proses kehidupan yang normal.

Kadangkala sel asing (mutated cell) dihasilkan. Dalam proses biasa, sel seumpama ini akan dihapuskan oleh sistem immun kita sebelum sebarang kerosakan berlaku. Namun begitu, jika sistem immun kita tidak berfungsi pada tahap optimum, sel ini akan terlepas.

Jika dibiarkan tanpa rawatan, sel ini boleh berganda jumlahnya dan mengakibatkan kanser.

Jika sistem immun kita berfungsi dengan efisien, ia akan mencari dan memusnahkan sel-sel yang tidak diperlukan tidak kira dimana ia berada dalam badan.

Tidaklah menjadi satu masalah bagi sistem immun kita samada apa jenis sel kanser itu atau dimana posisinya kerana mana-mana sel yang tidak sepatutnya berada dalam badan akan dimusnahkan oleh sistem immun.

CHEMOTHERAPY Kemudaratan lebih dari kebaikan

William Campbell Douglass II, MD – “Untuk memahami kedudukan sebenar chemotherapy perhatikan fakta ini : Salah satu Pusat rawatan Kanser yang paling berprestij dan terbesar di dunia, The McGill Cancer Center di Kanada telah melakukan kaji selidik ke atas para onkologis untuk mengetahui bagaimana respon mereka terhadap diagnosis kanser.”

“Dalam “questionnaire” yang diklasifikasikan sulit itu, didapati 58 dari 64 doktor berpendirian menolak semua program chemotherapy jika mereka atau ahli keluarga mereka terpaksa menghadapimya. Sebab yang paling munasabah bagi keputusan ini adalah kerana ubat-ubatan (drugs) chemotherapy tidak efektif dan mempunyai kadar toksik yang tinggi.”

“Mereka ini adalah doktor-doktor yang sama yang akan memberitahu anda bahawa rawatan chemotherapy akan menghapuskan tumor dan selanjutnya memberi kesihatan yang baik kepada anda!”

Chemotherapy Takut terhadap ubat sendiri!

Di dalam satu peninjauan yang dilakukan mendapati kebanyakan onkologis yang pakar dalam kanser paru-paru dilaporkan berkata bahawa mereka tidak akan menjalani chemotherapy jika menghidap kanser. Namun begitu, setiap hari mereka menjalankan rawatan chemotherapy ke atas pesakit-pesakit mereka!

Di dalam satu perbualan dengan wartawan yang membuat liputan mengenai perkara ini mendapati bahawa salah seorang pakar kanser otak mengakui yang beliau tidak akan menjalani rawatan “radiation” jika beliau menghidapi tumor dalam otak! Walaupun begitu, doktor ini masih terus menghantar pesakitnya menjalani rawatan radiation kerana jika beliau enggan, maka beliau akan kehilangan kerjanya atas alasan tidak mematuhi protokol yang telah ditetapkan oleh hospital.

Informasi berdasarkan : Townsend Letter for Doctors and Patients, Jan 1998; Spectrum, Mar/April 1998

CHEMOTHERAPY DAN THERAPY SEBENAR

“Pusat-pusat Rawatan Kesihatan berkerjasama rapat dengan para pengeluar ubat-ubatan (drugs) antarabangsa yang dimana tujuan utamanya ialah mengaut keuntungan semata-mata, dan setiap pencapaian akedemik ke arah kesihatan yang baik adalah mimpi ngeri buat mereka. Banyak ubat-ubatan MESTI dijual dan untuk mencapai objektif ini, pelbagai cara digunakan walaupun ia melibatkan penipuan. Para doktor merupakan “principle salespeople” bagi syarikat-syarikat pengeluar ubat-ubatan ini dan sebagai balasannya, mereka diberi dengan pelbagai bentuk ganjaran. Orang awam (dari bayi hinggalah ke warga tua) pula merupakan “The principal buyers”, yang MESTI melalui pelbagai medikasi….dengan apa cara sekalipun termasuklah kos tinggi yang perlu ditanggung!”

“Persoalannya kenapa pihak berautoriti melarang ubat-ubatan alternatif? Jawapannya ialah kerana mereka menjaga kepentingan industri perubatan, dan industri ini tidak boleh menggandakan keuntungan dengan jualan herba, vitamin, dan rawatan homeopati. Mereka tidak boleh mem”paten”kan ramuan semulajadi. Atas alasan inilah mereka lebih mengutamakan ubat-ubatan sintetik kerana ianya berada dalam kawalan mereka. Dan atas sebab ini juga mereka boleh mengarahkan sekolah-sekolah perubatan untuk mengajar apa yang dipersetujui mereka dan tidak mengajar yang sebaliknya.”

- Guylaine Lanctot, M.D

0 comments:

Post a Comment