Monday, March 8, 2010

::testimonial 1::


Saya telah disahkan menghidapi “infiltrating duct carcinoma” – Grade 1 di bahagian kiri payudara pada 1 Sep 2005. Saya tidak diberi pilihan kecuali terpaksa membuang sebelah payudara dan menjalani chemotherapy. Dan yang paling sukar untuk saya terima ialah terpaksa menggugurkan kandungan yang pada masa itu berusia 3 bulan. Setelah berfikir panjang, saya dan suami telah membuat keputusan untuk mengambil risiko iaitu menyimpan kandungan dan mencari alternatif rawatan lain. Ini telah memeranjatkan doktor yang bertugas.

Dengan hidayah Allah, saya telah diperkenalkan kepada Transfer Factor Plus seminggu selepas diagnosis dan sejak itu saya mula makan TF Plus (tidak kurang dari 9 kapsul sehari) dengan madu, dan minyak zaitun untuk bahagian luaran, sehinggalah sekarang.
Alhamdulillah, saya telah pun melahirkan seorang anak yang sihat pada 6 Feb 2006. Tiada masalah semasa bersalin dan anak juga menyusu (susu badan) dengan baik.. Saya berterimakasih kepada En Zainal dan En Qusmaini di atas bantuan mereka.
Nama saya Aleda dan saya bertugas sebagai guru sekolah di Kuantan, Pahang. Di atas adalah gambar saya bersama anak kebanggaan kami suami isteri, Muhammad Taqris Hannan. Saya mengharap doa anda semua dalam kejayaan melawan penyakit yang merbahaya ini.

0 comments:

Post a Comment