Tuesday, March 9, 2010

::Transfer factor dan Sistem Immun::

Untuk sel-sel berkomunikasi, sistem immun kita mengeluarkan hormon – seakan “signal substances”. TRANSFER FACTOR adalah merupakan salah satu “elemen komunikasi immun” yang telah berjaya dikenal pasti atau ditemui.

Respon sistem immun yang belum matang berkemungkinan memakan masa selama 10-14 hari untuk berfungsi secara efektif sepenuhnya. Ini dipanggil “delayed hypersensitivity” dan keadaan ini tidak selalunya bermanafaat kepada kesihatan kita. Transfer Factor dapat membantu menangani situasi ini kerana ia mempunyai “Inducer Factors” dan juga “Suppressor Factor”.

“Inducer Factor” merupakan komponen transfer factor yang “memindahkan pengetahuan” respon immun yang matang dari penderma kepada penerima.

Transfer Factor telah dibuktikan berupaya merangsang respon immun dalam tempoh kurang dari 24 jam.

Walaubagaimanapun, respon immun yang terlebih aktif terhadap agen-agen yang tidak berbahaya seperti sel-sel badan kita sendiri boleh menjurus kepada situasi kesihatan yang kurang baik (seperti penyakit “autoimmune”).

Maka “Suppressor Factor” dalam Transfer Factor bertindak menghalang “overreactions” ini dan membantu menghalang dari berlakunya penyakit-penyakit “autoimmune”.

Kesimpulannya Inducer Factor dan Suppressor Factor adalah sebahagian dari “immuno-regulatory network” yang berfungsi membantu mengawal sistem immun kita supaya seimbang.

0 comments:

Post a Comment